Penternak JUTAWAN

 

 

Assalamualaikum wbt....

Memiliki sebuah pekerjaan yang tetap sememangnya sesuatu yang baik. Tetapi.. menjadikan pekerjaan tetap anda itu sebagai "satu-satunya sumber pendapatan" di dalam hidup, adalah sesuatu yang amat merbahaya. Saya pasti anda menyedari akan hakikat ini. Ianya seperti anda sedang berpaut di sebatang dahan, jika patah dahan tersebut, anda akan terus hanyut dibawa arus. Macam-macam boleh berlaku, lebih-lebih lagi di waktu-waktu zaman kegawatan ekonomi ini, anda mungkin menjadi mangsa seterusnya, dibuang kerja, dipaksa mengambil cuti tanpa gaji, dipotong bayaran elaun ataupun dipaksa menyertai Skim Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (VSS).

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa !

Klik keratan akhbar dibawah !

keratan akhbar

Kebanyakan antara kita sering tertanya-tanya adakah masih ada peluang lagikah untuk mereka meneruskan kehidupan atau kerjaya dengan gaji yang semakin hari semakin mengecil akibat dari peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi walaupun angka gajinya tetap sama.

Ada pula yang masih belajar di IPTA ataupun IPTS masih terkial-kial menentukan haluan hidup selepas tamat belajar. Dan yang sudah graduate, masih tercari-cari kerja yang sama taraf dengan kelayakan mereka, ada pula yang memiliki ijazah sedang bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan kelayakan hanya SPM.

Tidak kurang pula penjawat awam mahupun swasta khususnya staf-staf berjawatan rendah yang sentiasa dibebani masalah kewangan, ada pula yang berpuas hati dengan hidup mereka walaupun gaji yang hanya cukup-cukup makan ada kalanya merungut akibat ketiadaan wang yang mencukupi membeli barangan keperluan, dan sentiasa iri hati dengan kekayaan dan kemewahan orang lain.

Bagi penduduk luar bandar yang memiliki tanah yang luas, tetapi kelihatan “hidup segan mati tak mahu” yang tidak tahu apakah yang mereka patut usahakan di atas tanah mereka sendiri dan juga bagi anak-anak luar bandar yang keciciran dari memasuki sekolah mahupun IPT yang ingin mengubah gaya hidup yang mahu menjadi manusia yang berguna pada keluarga dan masyarakat seharusnya menyedari rezeki Allah itu maha luas dan tiada penghabisan. Allah telah berfirman “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”.

Hari ini saya cuba berfikir dan menyusun beberapa tips ringkas untuk memperkenalkan sebuah manual penternakan tersebut untuk dijadikan sebagai panduan tepat kepada bakal pengusaha penternakan atau lebih tepat bakal PenternakJutawan..

Buku ini ditulis untuk memberikan kesedaran akan potensi-potensi 7 jenis haiwan pedaging iaitu, keli, kambing, rusa, lembu,puyuh, ayam dan itik yang berdaya maju dan sangat-sangat menguntungkan.Buku ini diterbitkan atas rasa bertanggungjawab dan ingin membantu golongan-golongan yang saya sebutkan di atas.

Buku ini juga memberi gambaran awal dan info mengenai tujuh haiwan ternakan tersebut dari mula menternak sehingga memasarkannya, kepada bakal usahawan yang mahu berkecimpung dalam bidang ini, pasaran haiwan-haiwan ini adalah sentiasa tidak mencukupi malah permintaannya semakin bertambah, diharapkan buku ini dapat membantu anda semua, Insya-allah, Allah sentiasa bersama anda. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Pada masa ini, saya telah dihujani berpuluh-puluh panggilan selepas seminggu laman web ini dilancarkan. Ini menyebabkan saya menerima banyak pertanyaan berkaitan buku saya berjudul “Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan”.

Soalan bukan sahaja tentang “penternakan” tetapi juga tentang “teknologi penternakan” secara umum, panduan menternak, pasaran pelbagai jenis haiwan pedaging, masalah ternakan, begitu juga dengan bagaimana untuk mendapatkan benih-benih tertentu.

Malah ada yang menghantar sms seringkas berikut:
“Saya minat nak jadi penternak”. Bagaimana nak mula? Boleh terangkan dari mula sampai peringkat pasaran?

Soalan pertama yang harus anda tanyakan kepada diri anda sebelum memiliki buku ini, ialah;

Kenapa anda nak jadi PenternakJutawan?

Sebagai hobi atau untuk mencari pendapatan tambahan atau untuk membina pendapatan utama?

Jika sebagai hobi, anda akan membelanjakan wang untuk memenuhi kepuasan anda. Anda tidak mementingkan pulangan dalam bentuk wang. Anda tidak mahu menjualnya. Anda ingin “memiliki” haiwan pedaging yang tercantik dan terhebat apabila dipandang.

Jika anda ingin mencari pendapatan lumayan atau utama dengan menternak, anda perlu melakukan perkara UTAMA berikut:

Mendapatkan informasi asas yang utama - selengkap mungkin :

Dalam jangkamasa yang sesingkat ini, berbagai-bagai soalan diterima melalui sms mahupun panggilan telefon, dan sering kali, soalan yang sama berulang-ulang kali diterima!

Khas bagi mereka yang masih lagi kurang jelas tentang bidang penternakan, buku ini mengambil pendekatan mudah untuk difahami dengan memberi contoh serta idea-idea di mana pembaca dapat mengimplementasikan secara segera apabila menjalankan bisnes penternakan ini.

Mudah-mudahan, buku ini dapat membantu anda dalam menerokai dunia penternakan yang lumayan ini.

Antara soalan-soalan yang terjawab di dalam buku ini termasuk...

Ada contoh KERTAS KERJA tak?
Boleh saya tahu potensi pasaran 7 Pedaging : Ayam, Itik, Lembu, Kambing, Puyuh, Rusa dan Ikan Keli ?
Ada keperluan pasaran tak? siapa, di mana, banyak mana? bila nak?
Berapa harga pasaran?
Berapa kos - kos anak benih, makanan, air, elektrik, bahan api, upah, gaji, pengangkutan dan lain-lain?
Berapa lama masa untuk menternak?
Macam mana nak ternak, besar mana kolam @ kandang @ reban, berapa ekor boleh masuk, banyak mana air, apa nak kasi makan, banyak mana nak kasi makan, bila nak kasi makan, benih berapa inci nak masuk, apa tanda - tanda penyakit, apa nak buat kalau ada penyakit?
Apa FAMA boleh bantu (jika ada), dan seumpamanya?

.....dan banyak lagi!

Bagaimana nak cari maklumat di atas?

Adakalanya, anda sering mencari maklumat mengenai penternakan yang ingin anda usahakan, masalah sering timbul seperti :

Internet, percuma. Tetapi terhad dan berterabur.

Menghadiri kursus, boleh tanya mentor sampai bila-bila. Tetapi betulkah  penganjur kursus tahu dan reti dengan apa yang dia nak anjurkan? Anda pasti memikirkan banyak kali lebih-lebih lagi yuran yang dikenakan tidak berpatutan dan mahal. 

Jumpa dan belajar dengan penternak yang dah berjaya. Tetapi mahukah mereka berkongsi kejayaan mereka dengan anda? 

Tempah

Bagaimana buku ini membantu anda ?

Buku ini mengandungi jawapan dari soalan-soalan lazim mengenai bisnes penternakan yang sering ditanya. Tujuan buku ini ditulis adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda mengenai perniagaan penternakan dan menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam fikiran anda.

Tindakan anda selepas memiliki buku ini ?

Menyediakan bajet

Cara terbaik dengan duit sendiri. Kedua duit kawan-kawan. Boleh JV dengan kawan rapat. Duit ahli keluarga khusus mak/ayah atau adik-beradik. Jika layak dan boleh dapat pinjaman bank, teruskan. Jika ada dan boleh dapat geran, teruskan.

Memulakan projek. Memperuntukkan masa dan tenaga kerja.

Setiap informasi yang diterima didalam buku ini,anda boleh memilih perusahaan penternakan yang anda minati sesuai dengan kemampuan anda dan merangka pelan tindakan mengikut prioriti.

Fikirkan, tuliskan, susunkan informasi, dan mula merangka tindakan mengikut kata hati anda.TEPUK DADA,TANYA SELERA !

Penternak JUTAWAN antara buku terlaris di MPH

Apa yang menarik mengenai buku ini ?

Ianya menghimpunkan panduan bagaimana menjadi penternak yang berjaya. Ini termasuklah bagaimana menternak 7 haiwan pedaging seperti Lembu, Kambing, Ayam, Itik, Puyuh, Rusa dan Ikan Keli hanya dalam sebuah buku !

Selain itu, buku ini turut memuatkan panduan bagaimana hendak memasarkan hasil ternakan melalui FAMA, bagaimana mendapatkan bantuan pinjaman daripada pelbagai pihak, dan bagaimana menyediakan rancangan perniagaan.

Turut disediakan contoh Kertas Rancangan Perniagaan TERBAIK bagi memohon pembiayaan modal (Kerjasama dari Agrobank)

Isi Kandungan Buku

ISI KANDUNGAN

  1. Dari Penulis
  2. Pengenalan
  3. Sinopsis Buku
  4. Rahsia Bisnes Orang Cina

1.Panduan Menternak Lembu Pedaging

Baka lembu pedaging
Aktiviti pembiakan
Aktiviti penggemukan
Menjual Ternakan
Contoh Aliran Tunai

2.Panduan Menternak Kambing
Pendahuluan
Cara-cara memilih baka yang baik
Pemeliharaan untuk tujuan pengeluaran daging
Panduan perumahan
Pengurusan am
Cara pembiakan
Makanan dan minuman
Aliran kewangan

3.Panduan Menternak Puyuh Pedaging
Perancangan projek
Ladang
Pengurusan
Pemasaran
Senarai pengusaha puyuh

4.Panduan Menternak Ayam
Perancangan projek
Keperluan asas ladang
Pemasaran

5.Panduan Menternak Itik Muscovy (Pedaging)
Operasi dan pengurusan
Pembangunan ladang
Pemasaran

6.Panduan Menternak Rusa
Pendahuluan
Infrastruktur ladang
Kesihatan penyakit
Penggunaan barangan rusa lain

7.Panduan Penternakan Dan Pembenihan Ikan Keli
Kelebihan penternakan ikan keli (kanvas)
Kaedah pembenihan ikan keli
Pengkulturan ikan keli di sawah

8.Pemasaran Melalui F.A.M.A
Mengenai F.A.M.A
Bagaimana F.A.M.A memasarkan ternakan anda melalui
Kontrak Pemasaran Produk Segar?
Permohonan menyertai kontrak pemasaran

9.Pembiayaan Pinjaman
Bagaimana AGROBANK membiayai modal anda dalam penternakan?
Senarai pembiaya modal yang lain

10.Rancangan Perniagaan
Panduan menyediakan kertas rancangan perniagaan (RP)
Contoh kertas rancangan perniagaan (RP)
Proforma aliran kewangan

11.Himpunan Koleksi Kisah-Kisah Kejayaan Penternak
Menternak rusa tidak sesukar disangka
Zainuddin bakal jutawan kambing
Ternakan kambing Boer mampu jana pendapatan
Muzik hilangkan stress puyuh
Ikan Keli – Dua sahabat bergabung tenaga

Berapa Nilai dan Harga Buku Ini?

Jika diikutkan, sekiranya anda hendak belajar bagaimana menjadi penternak berjaya melalui seminar yang dianjurkan di luar sana, anda perlu bayar tidak kurang daripada RM200 untuk setiap kursus penternakan.

Sebagai contoh :

Kursus pembenihan & penternakan ikan keli RM200

Kursus penternakan puyuh RM200

kursus penternakan kambing pedaging RM200

Kursus penternakan rusa RM200

kursus penternakan itik pedaging RM200

Kursus penternakan lembu RM200

Kursus penternakan ayam pedaging RM200

Seminar penyediaan Kertas Kerja RM200

Jumlah RM1,600 !

 

Jadi adakah anda perlu bayar RM1,600 juga bagi membeli buku saya.Tidak. Anda tidak perlu bayar RM1,600. Anda juga tidak perlu bayar RM1,000. Tidak juga RM500. Anda cuma perlu bayar RM35 sahaja. Ianya tidak semahal kos bagi menghadiri seminar yang dianjurkan di luar sana. Tetapi nilai buku saya ini bersamaan dengan nilai seminar di luar sana. Bahkan lebih lagi.

RM35 ini termasuk dengan kos penghantaran kepada anda menggunakan pos ekspres. Ini kerana buku yang saya jual ini bukan e-book. Tetapi ianya BUKU FIZIKAL sama seperti yang dijual di kedai buku.

Bayangkan, dengan hanya membuat pelaburan serendah RM35 bagi membeli buku ini, anda bakal menjana lebih daripada RM10,000 sebulan. Bahkan anda mungkin dapat lebih daripada itu.

Rahsia & Peluang Menjadi Penternak JUTAWAN!

buku

Bagaimana Mendapatkan Buku Ini?


Anda boleh dapatkan buku ini dengan membeli terus daripada saya melalui laman ini. Buku akan dihantar sebaik sahaja saya menerima bayaran yang anda buat.

Tempah

 

 

Sinopsis Buku !

Bagaimana   Buku   Ini   Membongkar   Rahsia Bisnes   7   Pedaging ?

 

rusa.JPG

Membongkar Rahsia Bisnes Rusa Pedaging

Tahukah anda, harga daging rusa tempatan berharga antara RM45 hingga RM60 Sekilogram ! Rusa merupakan salah satu haiwan yang mempunyai prospek perniagaan yang amat cerah. Turut membincangkan :

 

       Infrastruktur Ladang 

  Kesihatan dan Penyakit

        Penggunaan barangan keluaran rusa lain

       Pemeliharaan

       Pembiakan

       Membincangkan nilai tanduk rusa (antler&velvet)

       Potensi pemeliharan

Beberapa tips atau panduan diberikan seperti pemilihan baka yang sesuai, kaedah pemberian makanan, pengenalan tentang penyakit dan kaedah dalam menanganinya.

Sejak ternakan itu dikomersialkan, permintaan daripada masyarakat semakin menggalakkan malah pembiakan yang dirancang semakin berjaya sehingga mampu menambah bilangan binatang itu dalam jangkamasa yang penuh sistematik.

 

 

rusa.JPG

        

Membongkar Rahsia Bisnes Lembu Pedaging

Teknik persiapan, pembangunan dan pelaksanaan aktiviti penggemukan lembu pedaging dan panduan serta info mengenai penternakan lembu antara lainnya adalah:

  • Perancangan dan teknik penggemukan
  • Kaedah memilih baka lembu
  • Cara pemberian makanan dan bekalan makanan tambahan
  • Cara mengawal dan menangani penyakit
  • Analisa kewangan dan teknik penggemukan

Adalah antara teknik-teknik yang akan dibincangkan mengenai panduan menternak lembu pedaging.

 

 

rusa.JPG

        

Membongkar Rahsia Bisnes Ikan Keli

Buku ini mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dengan:

 

  • Sifat-sifat biologi dan syarat-syarat hidup ikan keli 
  • Pemilihan lokasi penternakan
  • Teknik pembenihan, pemeliharaan, pembesaran, pencegahan haiwan pemangsa dan penyakit
  • Teknik pembenihan, pemeliharaan, pembesaran, pencegahan haiwan pemangsa dan penyakit

 

Buku ini digarap berdasarkan hasil dari pengalaman pengusaha dan saya sendiri ditambah dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

 

rusa.JPG

Membongkar Rahsia Bisnes Puyuh Pedaging

Panduan penternakan puyuh pedaging turut membincangkan:

  • Perancangan usaha menternak 
  • Senarai pengusaha puyuh untuk dihubungi
  • Masalah pengurusan kandang 
  • Menghasilkan DOQ 
  • Pemberian makan dan minum 
  • Cara-cara mencegah, merawat dan  menangani penyakit
  • Mengulas cara menternak dan memelihara puyuh
  • serta menyusun rancangan perusahaannya secara teliti 
 

 

rusa.JPG

Membongkar Rahsia Bisnes Itik Pedaging

Itik merupakan salah satu haiwan yang mempunyai prospek perniagaan yang amat cerah. Ini terbukti dengan sambutan yang diberikan oleh para pengunjung restoran yang menyediakan sajian daripada daging itik. Begitu juga dengan telurnya. la digunakan dalam penyediaan telur masin dan lauk pauk seperti seperti rendang dan kari.

Peluang untuk mengusahakan penternakan itik ini masih terbuka luas dan perlu terus diperkembangkan. Oleh itu, buku ini sedikit sebanyak boleh memberikan informasi dan pengetahuan mengenai:

  • Proses pembiakan itik, sama ada itik penelur mahupun itik pedaging.

Bukan hanya teknik pembiakan malahan pemeliharaan anak-anak itik sehinggalah pemasarannya turut dimuatkan secara lengkap di dalam buku ini.

Ia juga memaparkan selok-belok penternakan itik secara intensif di samping:

  • Panduan memulakan kegiatan penternakan
  • Pemilihan bibit atau anak itik
  • Pengurusan anak itik, induk betina dan itik dewasa
  • Analisa kewangan dan teknik penggemukan
  • Perumahan, pemakanan, penyakit dan pengendaliannya serta pengeluaran hasilnya.

 

rusa.JPG

Membongkar Rahsia Bisnes Ayam Pedaging

Permintaan terhadap ayam pedaging di pasaran Malaysia memang tidak berkurangan sebaliknya ia terus meningkat dari tahun ke tahun. Permintaan yang tinggi menyebabkan beberapa pengusaha ladang ternakan mengusahakan industri penternakan ayam pedaging ini secara komersil dan seterusnya menjanjikan pulangan yang tinggi.Antara perkara utama yang dibahaskan adalah:

  • Pengurusan ternakan
  • Pengurusan sisa ladang
  • Pengurusan perumahan atau reban ayam
  • Pengurusan kesihatan ternakan dan seterusnya  turut disediakan anggaran perbelanjaan yang terlibat supaya ia tidak merugikan pengusaha.

Namun begitu, pengusaha perlu bijak mengurus operasi penternakan supaya kos dapat diminimumkan dan output dapat dimaksimumkan dan seterusnya dapat mengurangkan risiko kerugian. Buku ini menerangkan secara terperinci tentang teknik dan kaedah yang perlu diaplikasikan dalam mengendalikan aktiviti penternakan ayam pedaging secara besar-besaran.

 

rusa.JPG

Membongkar Rahsia Bisnes Kambing

Buku ini ditulis khusus untuk memberikan sedikit gambaran yang nyata kepada para usahawan yang sedia ada atau bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing secara serius.

Beberapa tips atau panduan diberikan seperti :

  • Pemilihan baka yang sesuai
  • Kaedah pemberian makanan
  • Pengenalan tentang penyakit dan kaedah dalam menanganinya
  • Turut dilengkapi ringkasan analisis kewangan.


Tempah

Yang benar,


Ahmad Rustam Amir
www.rahsiapenternak.com
SMS / Tel : +60176686256

 

Penternak JUTAWAN